Top 1 KL Aircon Service Provider 2025

Pakar Aircond · KL & Selangor

Read in English

Servis Aircond KL & Selangor — Datang Hari Ini, Harga Dah Tahu Awal

Aircond dah tak sejuk macam dulu? Berbau hapak bila baru pasang? Atau bil elektrik naik tanpa sebab? Selalunya puncanya sama — koil dan penapis yang dah lama tak dicuci. MY AC COOL buat servis aircond rumah di seluruh KL, Selangor dan Negeri Sembilan dengan harga yang anda tahu sebelum kami sampai. Tiada caj tersembunyi, tiada kejutan selepas kerja siap.

  • Servis Hari Sama
  • Waranti Bocor Air 30 Hari (Cuci Kimia)
  • Juruteknik Bertauliah
Juruteknik MY AC COOL membersihkan unit aircond dinding di dalam rumah
Cuci am — unit dinding kediaman

5,000+

Unit Diservis

522+

Ulasan Google

30 Hari

Waranti Bocor Air (Cuci Kimia)

80+

Kawasan KL & Selangor

Apa Yang Kami Buat

Semua keperluan aircond rumah anda, dengan satu kontraktor:

  • Cuci am — penapis, penutup depan, blower dan semakan saliran air
  • Cuci kimia tekanan tinggi — buang kulat, kerak dan bakteria dari dalam koil
  • Overhaul — buka unit sepenuhnya termasuk kipas blower, untuk unit yang lama diabaikan
  • Baiki — tak sejuk, bocor air, bising, atau trip suis
  • Tambah gas — dengan semakan kebocoran dahulu, bukan isi buta
  • Pasang dan pindah unit — bekal dan pasang dalam satu lawatan

Berapa Kerap Patut Servis?

Untuk rumah yang guna aircond 8 hingga 12 jam sehari, cuci am setiap 3 bulan sudah memadai. Kalau guna lebih lama — bilik tidur yang pasang sepanjang malam, atau rumah yang ada orang sepanjang hari — setiap 1 hingga 2 bulan lebih sesuai.

Di sebelah itu, cuci kimia setiap 6 hingga 12 bulan. Cuci am bersihkan permukaan; cuci kimia yang buang kulat dan kerak dari dalam koil. Dua-dua perlu, bukan pilih satu.

Harga Servis Aircond

Harga setiap unit. Lagi banyak unit, lagi murah seunit.

PerkhidmatanHarga
Cuci am — 1 unitRM110
Cuci am — 3 hingga 4 unitRM90 seunit
Cuci kimia premium — 1 unitRM149
Cuci kimia premium — 5 unit ke atasRM109 seunit
Overhaul buka penuh — dariRM210 seunit
Baiki / periksa kerosakan — dariRM88

Kenapa Pelanggan Pilih Kami

  • Harga disahkan sebelum kami mula — bukan selepas kerja siap
  • Tambang, tol dan parkir sudah termasuk
  • Gambar sebelum dan selepas untuk setiap cuci kimia
  • Waranti kebocoran air 30 hari untuk cuci kimia premium
  • Juruteknik tetap, bukan orang baru setiap kali

Bukti Kerja Kami

Gambar Kerja Sebenar, Bukan Stok

Semua gambar di bawah diambil di tapak kerja MY AC COOL. Setiap cuci kimia premium disertakan gambar sebelum dan selepas untuk unit anda sendiri.

Gambar tapak sendiri
Penapis aircond yang berlapik habuk tebal dikeluarkan untuk dicuci
Penapis sebelum dicuci
Juruteknik MY AC COOL menjalankan cuci kimia dengan beg penadah air
Cuci kimia dengan beg penadah
Koil penyejat yang dibuka sepenuhnya semasa overhaul, dengan buih kimia
Koil dibuka penuh semasa overhaul
Juruteknik MY AC COOL memeriksa unit luar dengan alat ukur tekanan gas
Ujian tekanan pada unit luar
Juruteknik MY AC COOL menyervis deretan unit kondenser di premis berbilang unit
Deretan kondenser — premis besar

Tempah Sekarang

Nak Harga Untuk Unit Anda?

Isi borang ini atau WhatsApp terus. Kami sahkan harga dan slot sebelum keluar — tiada caj tersembunyi, tambang dan parkir sudah termasuk.

Dapatkan Harga Dalam Sejam

Isi 4 maklumat — kami WhatsApp anda dengan harga dan slot yang ada.

Tiada obligasi. Kami tidak kongsi nombor anda dengan sesiapa.

Pasukan Kami

Pasukan MY AC COOL

Juruteknik kami sendiri, bukan subkontraktor yang bertukar setiap kali anda menempah. Empat pasukan lapangan bergerak di KL dan Selangor setiap hari.

Pasukan juruteknik MY AC COOL di sebuah kondominium tinggi di Kuala Lumpur
Pasukan kami di tapak, Kuala Lumpur
Pasukan MY AC COOL memasang unit cassette siling di bangunan komersial
Juruteknik MY AC COOL sedang bekerja pada unit aircond
Juruteknik MY AC COOL memasang unit luar aircond pada bracket

4,000+

Rumah diservis

20

Juruteknik bertauliah

4

Pasukan lapangan & kenderaan servis

80+

Kawasan diliputi setiap minggu

2024

Syarikat berdaftar (PLT)

4.8 · 522 Ulasan Google

Apa kata pelanggan kami di KL & Selangor

NK

Nurin Khairina

Google Review

3 months ago

“First time doing aircon installation service with them and will be contacting again in the future. Mr. Waqas was very friendly and knowledgeable in answering my questions regarding the installation. They were upfront with the quotation, quite affordable compare to other contractors I’ve inquired and best part is no hidden charges. Will stay in touch. Thank you for your quality service!”

OM

ouali Marouane

Google Review

3 months ago

“A I had an excellent experience with Team Faris. They serviced and cleaned my air conditioner professionally from start to finish. They arrived on time, explained everything clearly, and worked very neatly. After the service, the AC is cooling perfectly and everything was left clean with no mess at all. The team was friendly, honest, and very professional. I highly recommend Team Faris to anyone looking for reliable and high-quality air conditioning service in Kuala Lumpur. Thank you for the great work!”

CM

Cloris Min

Google Review

6 months ago

“Khuzaima provided an excellence service on chemical cleaning for my air conditioning. He also explained each of the questions in detailed and provide adequate knowledge about the air conditioning. Will definitely recommend the company with such an experienced staff for air conditioning servicing again!”

AN

Aidil Nabilah

Google Review

5 months ago

“Very satisfied with their service. The team is good and hardworking. Mr. Khuzama is friendly and explains everything clearly. Highly recommend and will definitely contact them again 🙏🏻 Thank you!”

SJ

Saqib Javaid

Google Review

a week ago

“Excellent aircond service in Kuala Lumpur! I’m very satisfied with MY AC COOL’s professional service and friendly team. They provided thorough aircond cleaning, checked the cooling performance, and explained the work clearly. If you’re looking for reliable aircond servicing in KL, Selangor, or nearby areas, I would recommend MY AC COOL. They offer residential and commercial air conditioning services, including chemical cleaning, troubleshooting, repairs, and installation. Their digital service reports and email invoices also make the whole process convenient and transparent. Great service and professional communication!”

AI

Ahmad Ismail

2 weeks ago

“Called for chemical cleaning — they came same day, fixed a leaking issue I didn't even know about. No extra charge. Really professional team.”

Kami servis semua jenama aircond utama

LG logo
Panasonic logo
Daikin logo
Mitsubishi logo
Samsung logo
Toshiba logo
Sanyo logo
Sharp logo
Fujitsu logo
Hitachi logo
Koppel logo
Europace logo
York logo
Midea logo
Carrier logo
Kolin logo
Electrolux logo
Fujitec logo
Gree logo
National logo
TECO logo
Condura logo
Trane logo
McQuay logo
Kelvinator logo
LG logo
Panasonic logo
Daikin logo
Mitsubishi logo
Samsung logo
Toshiba logo
Sanyo logo
Sharp logo
Fujitsu logo
Hitachi logo
Koppel logo
Europace logo
York logo
Midea logo
Carrier logo
Kolin logo
Electrolux logo
Fujitec logo
Gree logo
National logo
TECO logo
Condura logo
Trane logo
McQuay logo
Kelvinator logo

Soalan Lazim

Soalan Yang Selalu Ditanya

Boleh datang hari ini juga?

Boleh, untuk kebanyakan kawasan di KL dan Selangor. Kalau WhatsApp sebelum tengah hari, selalunya kami boleh masukkan slot petang hari yang sama. Tempahan pagi pula untuk slot pagi. Untuk Negeri Sembilan kami sahkan dahulu sebelum janji tarikh. Waktu operasi kami Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 6 petang.

Apa beza cuci am dengan cuci kimia?

Cuci am bersihkan apa yang boleh dicapai — penapis, penutup, blower dan saliran. Ia servis penyelenggaraan biasa, dari RM90 seunit, tanpa waranti. Cuci kimia pula guna larutan kimia dan bilasan tekanan tinggi untuk melarutkan kulat, kerak dan bakteria dari dalam koil, dari RM109 seunit. Kalau aircond anda berbau atau dah tak sejuk, cuci am takkan selesaikan — koil yang kotor perlu dicuci kimia.

Kena bayar dulu ke?

Tidak. Bayaran dibuat selepas kerja siap dan anda puas hati. Kami terima pindahan bank, DuitNow dan tunai, dan kami keluarkan invois untuk setiap kerja. Harga yang kami beritahu sebelum mula itulah yang anda bayar — tambang, tol dan parkir semua sudah termasuk.

Perlu saya ada di rumah sepanjang masa?

Seseorang berumur 18 tahun ke atas perlu ada untuk bukakan pintu dan tunjukkan unit, tetapi anda tak perlu tengok sepanjang kerja. Kami perlukan akses kepada paip air dan soket elektrik. Kalau tinggal di kondominium, sila semak dengan pihak pengurusan sama ada perlu permit kontraktor atau tempahan lif servis — selalunya perlu beritahu sehari lebih awal.

Nak Tempah Servis Aircond Hari Ini?

WhatsApp kami dengan alamat dan bilangan unit. Kami sahkan harga dan masa sebelum keluar.