Harga Telus · KL & Selangor
Harga Servis Aircond 2026 — Tetap, Telus, Tiada Caj Tersembunyi
Servis biasa dari RM90, cuci kimia dari RM125, top-up gas dari RM150, pasang aircond dari RM270. Semua harga disahkan sebelum kerja bermula — di seluruh KL, Selangor dan Negeri Sembilan.
- Servis Hari Sama
- Harga Tetap
- Teknisyen Bertauliah
Senarai Harga Servis Aircond — KL & Selangor
Harga tetap dan telus untuk unit dinding 1.0–1.5HP. Unit lebih besar atau komersial akan disahkan sebelum kerja bermula:
| Jenis Servis | Harga | Bila Perlu |
|---|---|---|
| Servis biasa (general cleaning) | Dari RM90 | Setiap 3 bulan |
| Cuci kimia (chemical cleaning) | Dari RM125 | Aircond berbau / kurang sejuk |
| Overhaul (cuci bukaan penuh) | Dari RM210 | Tak servis lebih setahun |
| Top-up gas | RM150 – RM250 | Angin tak sejuk, paip berais |
| Repair / baiki aircond | Dari RM88 | Bocor, bunyi bising, trip |
| Pasang aircond baru | Dari RM270 | Unit baru / ganti unit lama |
Kenapa Harga Kami Tetap (Fixed Price)?
Kami tahu masalah biasa dengan servis aircond: harga 'murah' di telefon, tapi bila teknisyen sampai, macam-macam caj tambahan muncul. MY AC COOL tak buat begitu — harga disahkan sebelum kerja bermula, dan itulah harga yang anda bayar.
Untuk kerja repair, teknisyen kami akan periksa dulu (dari RM88) dan bagi sebut harga bertulis. Anda setuju dulu, baru kami mula kerja. Tiada kejutan, tiada caj tersembunyi.
Apa Yang Termasuk Dalam Setiap Servis
- Servis biasa — cuci penapis, cuci permukaan coil, semak saliran dan test run
- Cuci kimia — coil dan blower dicuci dengan bahan kimia khas, hilangkan kulat dan bau
- Overhaul — unit dibuka penuh, blower dan semua komponen dalaman dicuci
- Top-up gas — ujian tekanan dan semakan kebocoran dahulu, baru isi gas (R22/R410A/R32)
- Repair — diagnosis penuh, sebut harga tetap sebelum baiki
- Pemasangan — paip tembaga, pendawaian, bracket dan test run lengkap
Kenapa Pilih MY AC COOL
- Servis hari yang sama di kebanyakan kawasan KL & Selangor
- 4,000+ rumah dan 300+ premis komersial telah diservis
- Teknisyen bertauliah dan berpengalaman semua jenama
- Jaminan kerja 30 hari untuk repair
- Tempahan mudah melalui WhatsApp — jawapan pantas
FAQ
Soalan Lazim — Harga Servis Aircond
Berapa harga servis aircond biasa?
Servis biasa (general cleaning) bermula dari RM90 untuk satu unit dinding. Ada diskaun untuk servis banyak unit serentak — nyatakan bilangan unit semasa tempah.
Berapa harga cuci kimia aircond?
Cuci kimia bermula dari RM125 seunit. Sesuai untuk aircond yang berbau, kurang sejuk, atau tak dicuci lebih 6 bulan.
Berapa kos top-up gas aircond?
RM150 hingga RM250 seunit, bergantung pada jenis gas (R22, R410A atau R32). Kami semak kebocoran dulu — kalau ada bocor, kami baiki dulu supaya gas tak habis lagi.
Ada caj transport atau caj tersembunyi?
Tiada. Harga yang disahkan semasa tempahan adalah harga muktamad untuk kawasan liputan kami di KL, Selangor dan Negeri Sembilan.
Tempah Servis Aircond Hari Ini
Harga tetap. Servis hari yang sama. WhatsApp kami sekarang.